MENU

Bengkel "Sembang Gah Kedah" Bersama Pengusaha dan Pengiat Industri Pelancongan Daerah Bandar Baharu.

AHAD (18.08.2019)

BANDAR BAHARU - Bengkel "Sembang Gah Kedah" bersama Pengusaha dan Pengiat Industri Pelancongan Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Kedah.

Bengkel "Sembang Gah Kedah" merupakan salah satu objektif ialah untuk mendapatkan data dan produk terkini dari pengusaha produk pelancongan ke dalam satu direktori yang lengkap termasuk Digital dalam persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020.

Bengkel ini adalah usahasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) dibawah inisiatif Tourism Productivity Nexus (TPN) . Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus (TPN) melaporkan terus kepada Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri, dan program ini dibawah pengawasan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Hadir bersama Tuan Hj. Abdullah Bin Hashim, Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap YDP Majlis Daerah Bandar Baharu serta Pengusaha-Pengusaha Industri Pelancongan.