|
|
|
|
|
|
LOGO-LOGO MERDEKA 2009 – 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Logo ini melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan dan Rukun Negara. | 2008 - Perpaduan Teras Kejayaan Keterangan rekabentuk logo Hari kemerdekaan ke-51. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. | 2007 - MALAYSIAKU GEMILANG Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. |
Paparan : 1163
Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 Julai 2011
|
|
|
|
|
| |