|
|
|
|
|
|
PERUTUSAN YDP  PERUTUSAN TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan rahmatNya Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) telah mendapat Penarafan 5 bintang bagi Laman Portal untuk keseluruhan Agensi Kerajaan Malaysia dengan kedudukan ke 171 dari 387 Laman Portal Agensi Kerajaan Malaysia dalam Penilaian ‘Malaysia Government Portals And Websites Assessment’ (MGPWA) tahun 2011.
Penyediaan Laman Portal Majlis Daerah Bandar Baharu ini merupakan salah satu usaha dalam menyahut seruan kerajaan Ke Arah Pembentukan Kerajaan Elektronik disamping menambahbaik Sistem Penyampaian Kerajaan. Ianya adalah merupakan usaha MDBB dalam mempertingkatkan penyampaian maklumat terkini kepada orang-ramai mengenai maklumat, program dan peristiwa yang berlaku dan akan berlaku dalam pentadbiran Majlis Daerah Bandar Baharu dengan lebih cepat dan pantas.
Walaubagaimanapun, Majlis Daerah Bandar Baharu sentiasa akan mempertingkatkan usaha dalam menambahbaik dan memudahkan lagi orang-ramai dengan kemudahan tambahan yang bersesuaian seperti kemudahan memuat-turun borang-borang yang digunakan untuk memudahkan urusan orang-ramai berurusan.
Disamping pemaparan maklumat berhubung dengan aktiviti majlis sebagai sebuah kerajaan tempatan, para pengguna juga dialu-alukan untuk mengemukakan pandangan dan ulasan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu bagi mengemaskinikan Laman Web ini.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan usaha dalam mendapatkan Penarafan 5 Bintang. Orang-ramai dan para pengguna dialu-alukan untuk mengemukakan pandangan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu bagi memantapkan Laman Portal Majlis Daerah Bandar Baharu dalam penyampaian maklumat kepada semua. Sekian,
WassalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh…
Abd. Rahman Bin Haji Salleh, AMK., BCK. Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu Serdang Kedah Darul Aman |
Paparan : 2774
Tarikh Akhir Dikemaskini : 15 April 2012
|
|
|
|
|
| |