Apa itu RSS?
RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.
Mengapa RSS perlu?
Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar MDBB dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web MDBB dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:
- Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
- Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam).
- Menjimatkan masa.
- Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenaiMDBB lebih cepat dan berkesan.
- Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.
Bagaimana menggunakan RSS?
Terdapat banyak pilihan bagaimana menggunakan perkhidmatan RSS ini. Berikut adalah dua cara yang selalu digunakan:
1. Menggunakan perisian rssReader;
2. Memasang secara terus ke pelayan internet (browser).
Menu Utama (tunjuk | simpan)
Menu Utama menunjukkan saluran-saluran utama yang ada pada laman web ini. Klik pada menu tersebut untuk melihat sub-menu yang terkandung di dalamnya. Antara Menu Utama yang ada dalam laman web ini ialah:
- Laman Utama
- Tentang Bandar Baharu
- Perkhidmatan
- Sumber
- Berita & Peristiwa
- Majlis Daerah Bandar Baharu
Setiap Menu Utama mengandungi Sub Menu yang terkandung di dalamnya. Pengguna boleh klik pada setiap Sub Menu tersebut untuk mengetahui kandungan saluran tersebut.
Carian (tunjuk | simpan)
Carian terletak di sudut atas kanan membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki.
Galeri Foto (tunjuk | simpan)
• Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut peristiwa. • Pengguna boleh klik pada gambar untuk keterangan lanjut. • Gambar juga boleh dimuat turun.
Cara melayari laman web menggunakan telefon bimbit anda:
- Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti)
- Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan)
- Pilih pelayar yang terdapat dalam telefon anda. Contohnya:
- Internet Explorer
- Opera
- Safari
- dan Web Mobil
- Layari laman web menggunakan pelayan internet (browser) dengan menaip http://www.mdbb.gov.my dan klik OK/Enter/Submit. Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon)
- Laman mobile akan dipaparkan di skrin telefon bimbit anda. Klik pada pautan untuk membaca kandungan atau sambung melayar
- Untuk kembali ke laman utama, klik pada Laman Utama atau pautan Home yang ditunjuk di atas